Monday, December 6, 2010

Ibnu Haitham:Saintis Pertama


para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, saya percaya ramai di antara kalian yang mengenali nama-nama saintis islam yang muncul di zaman kegemilangan islam, Abbasiyyah. Dalam post ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai seorang ilmuwan islam yang banyak memberi sumbangan dalam teknologi optik iaitu Ibnu Haitham.
Nama sebenar beliau ialah Hassan ibn Hassan Ibn al-Haitham. Barat mengenalinya sebagai Alhazen, Avennathan, dan Avenetan. Dilahirkan pada 354 Hijrah (965 Masihi), anak kelahiran Basrah ini dikenali sebagai saintis pertama di dunia. Beliau dibesarkan di Basrah dan Baghdad, di antara kota-kota yang terkenal pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah. Beliau meninggal dunia di Kaherah pada usia 74 tahun (430 Hijrah/1039 Masihi).

Ibnu Haitham mengatakan benda yang dilihat memantulkan cahaya ke mata manusia. Teori ini sekaligus telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar melalui matanya. Dalam penyelidikannya, beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik. kehebatan Ibnu Haitham dalam dunia optik menyebabkan beliau mendapat jolokan sebagai bapa optik moden.

Ibnu Haitham tidak pernah jemu menimba ilmu berkaitan matematik, fizik, astronomi, falsafah dan mantik. Beliau menulis tidak kurang daripada 200 buah buku dan karyanya adalah berkaitan ilmu fizik dan matematik. Kitab al-Manazir (Book of Optics) ialah salah satu daripada karya-karya beliau. Beliau mempelajari ilmu optik di Andalusia (Sepanyol). Beliau turut menjadi penterjemah buku matematik dan falak ke bahasa arab terutama daripada bahasa latin.

Demikianlah secuit kisah mengenai Ibnu Haitham, salah seorang saintis islam terhebat. Sekiranya barat berlaku jujur, sudah pasti beliau disenaraikan sebagai The Greatest Scientist.

1 comment: